Ahad, 13 Disember 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

FORUM 1



Image result for bismillah 

Assalamualaikum WRT dan Salaam Sejahtera


RAKAN SEBAGAI TEMPAT LUAHAN PERASAAN

Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif.
Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan kerana ianya bakal memberi kesan terhadap kehidupan anak-anak mereka. 

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudari diana. Terima kasih kerana telah membuka soalan forum untuk kalangan dewasa seperti saya, seperti sedia maklum bahawa persoalan terhadap tajuk yang diberikan iaitu peranan rakan sebaya dalam membentuk sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan fahaman saya terhadap perkembangan kanak-kanak sangat mementingkan persekitaran yang baik, misalnya rakan sebaya adalah salah satu agen yang membentuk sosioemosi kanak-kanak. Hal ini berlaku semasa kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini mengakibatkan kanak-kanak akan mempelajari benda baru semasa berkenalan dengan rakan sebaya mereka tidak kiralah dari sudut fizikal dan mental. Lantaran itu, sesi persekolahan kanak-kanak adalah sangat panjang boleh dikatakan kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka. Contohnya, pada waktu pagi mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan, waktu petang pergi kelas tambahan. Oleh itu, kanak-kanak mempelajari benda baru apabila setiap dari mereka berkongsi masalah, kegembiraan, dan lain-lain lagi dalam bentuk norma kehidupan. Hal ini tidak dapat di sangkal lagi apabila seorang rakan lebih memahami sahabat mereka berbanding keluarga mereka sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikummussalam saudari ruhaimah, terima kasih atas pandangan yang saudari berikan.

      Padam
  2. Assalamualaikum saudari. Saya ingin memberikan pendapat mengenai tajuk di atas.

    Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

    Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

    Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam saudari, terima kasih atas komen yang anda berikan.

      Padam
  3. Assalamualaikum saudari.

    Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.

    Oleh itu, peranan rakan sebaya sangat penting dalam kalangan kanak-kanak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.. terima kasih saudari atas komen yang anda berikan.

      Padam
  4. assalamulaikum saudari..rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudari atas pandangan Yang anda berikan.

      Padam
  5. Pada pendapat saya, pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi kedua terpenting dalam mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang postif, maka positif lah tingkahlaku kanak-kanak tersebut, jika sebaliknya, maka negatif lah hasilnya. Pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat kerana pada peringkat ini kanak-kanak mula melalu proses untuk menilai tentang persekitaran di sekelilingnya. Kanak-kanak sudah mampu berfikir logik apabila ingin melakukan sesuatu. Selain itu, kanak-kanak mula pandai memilih rakan. Disini, kita dapat lihat daya kognitifnya untuk memilih rakan yang baik atau tidak.Seterusnya, daya peniruan juga berlaku. Apabila kanak-kanak itu menunjukkan peniruan yang kurang baik, berlaku la kes seperti derhaka dan melawan cakap ibubapa. Perkara ini berlaku disebabkan peniruan daripada rakan yang tidak baik. Oleh sebab itu, ibubapa perlu memantau rakan yang menjadi rakan sepermainan anak mereka, agar mereka tidak terpengaruh benda negatif dari awal. sekian terima kasih (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudari atas komen Yang anda berikan.

      Padam