Ahad, 13 Disember 2015

" Keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia "

FORUM 4


Assalamualaikum dan salam sejahtera

BAGAIMANA MEREKA BOLEH MENGALAMI STRESS???



1. DEFINISI STRESS

Setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari mengalamai ketegangan dan tekanan emosi yang berkaitan dengan pelbagai faktor. Dalam hal ini setiap individu menpunyai pelbagai cara untuk menangani permasaalahan yang melibatkan tekanan emosi dan perbezaan cara itu pula akan menentukan sejauh mana kemampuan mereka dalam menangani masalah tersebut dengan berkesan. Keberkesanan kaedah yang dilakukan akan membuktikan keupayaan kognitif individu terbabit. 

Perkataan stress berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ketat” atau “tegang”. Menurut Selye (1979), “Stress is any kind of pressure that’s affects a person in his daily life. This effect may be healthy or unhealthy depending on his reaction to the stress factor.” 

Barlow (1999) pula menyatakan bahawa stress berpunca daripada gerakbalas fisiologi tubuh badan terhadap ‘stressor’ yang melibatkan perubahan dan memerlukan adaptasi. Stres adalah kesan daripada permintaan terhadap badan, maka apabila semua permintaan ini melebihi keupayaan badan untuk memenuhi atau mengatasinya, akan berlakulah ketegangan. 

Seseorang yang dilanda stress akan mengalami kecelaruan fikiran yang menyebabkan fikiran menjadi kusut dan emosinya akan .terganggu. Selye (1979) menjelaskan bahawa persoalan ini sering berlaku ke atas remaja kerana mereka merupakan golongan yang masih mencari identiti diri dan sering terjebak ke dalam gejala-gejala yang boleh mengganggu fikiran dan emosi. Panduan yang terancang perlulah diketengahkan agar mereka dapat memandu dan mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara di luar kawalan diri.

Dalam menjelaskan lagi pemahaman terhadap stress, Kalat (1999) menyatakan bahawa stress adalah komponan kesihatan emosi. Keadaan emosi yang terganggu boleh mempengaruhi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, hilang konsentrasi dan kegelisahan. Remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin di masa depan. Jika masyarakat hari ini memandang sepi akan gejala ini, tidak mustahil suatu hari nanti remaja akan menimbulkan banyak masalah samada terhadap intitusi keluarga masyarakat maupun negara.

Stastistik WHO menunjukkan bahawa masalah stress dan tingkahlaku telah mencapai 11% daripada jumlah beban penyakit di dunia, dan diramalkan peratusan ini akan meningkat kepada 15% menjelang tahun 2020. Kajian WHO pada tahun 2000 mendapati stress menduduki tempat kelapan di antara 10 penyakit-penyakit utama yang ditanggung oleh manusia. Menjelang tahun 2020 WHO menganggarkan stress akan meningkat ke paras 2 tertinggi, selepas penyakit jantung. 

Pada tahun 1996, didapati 10.7% penduduk dewasa dan 13% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah stress atau gangguan emosi dan tingkahlaku. Kajian terbaru pada tahun 2007 pula menunjukkan bahawa stres merupakan penyebab morbiditi yang ke-4 tinggi di negara ini. Faktor-faktor sosio-ekonomi, persekitaran, psikologi dan biologi seperti penyakit kronik, stres, tidak cukup rehat dan pemakanan yang tidak seimbang, boleh menyebabkan masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan mental seperti stres, kemurungan dan keresahan mempengaruhi kesejahteraan hidup seseorang. Antara lain, masalah-masalah ini, jika tidak ditangani dengan baik, boleh membawa kepada cubaan membunuh diri. Di seluruh dunia, dianggarkan lebih kurang 1 kejadian bunuh diri berlaku setiap 35 saat. Kejadian bunuh diri juga dilaporkan sebagai penyebab ke-3 kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 34 tahun.


• Stress yang terlalu sedikit - Tiada cabaran menyebabkan kebosanan, rendah 
prestasi, tiada halatuju.

• Stress yang optimum - segala cabaran dapat ditangani dengan baik dan
menghasilkan prestasi yang memuaskan.

• Stress yang melampau - Cabaran dapat ditangani tetapi dengan hasil kerja 
Yang menurun kerana keletihan.

• Kelesuan - Petanda awal yang seseorang itu mengalami burnout
kerana minda dan tubuh keletihan dan semangat bekerja
menjadi luntur.


Tanda-Tanda Amaran Sesuatu Tekanan Gejala Fizikal Gejala Mental 

• Degupan jantung yang cepat 

• Banyak berpeluh 

• Terasa loya 

• Bernafas kencang 

• Cirit-birit dan terasa 
hendak membuang air kecil 

• Kaki dan tangan terasa sejuk 

• Selera makan berubah 

• Gangguan keseksualan 

• Sakit-sakit badan yang tidak jelas 
puncanya 

• Penyakit seperti lelah, sakit kepala 
dan timbul ruam kulit. 


• Merasa hilang kawalan atau 
ditenggelami oleh peristiwa yang 
berlaku 

• Risau dan bimbang 

• Gagal menumpukan perhatian atau 
membuat keputusan 

• Merasa tidak sihat 

• Sukar untuk tidur 

• Keinginan seks menurun 

• Terasa amat letih 

• Meminum lebih banyak alkohol dan 
semakin kuat merokok 

• Perubahan perasaan atau fikiran 
seperti kemurungan, kekecewaan, 
sikap bermusuhan, rasa tidak 
berdaya dan kegelisahan 

PERANAN AYAH DAN IBU PENENTU MASA DEPANKU !!!


FORUM 3 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tajuk ulasan :

" KECERDASA EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN "

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang bertanggungjawab dengan ibu bapa, agama dan masyarakat sekeliling.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.


Anak-anak tidak rapat dengan ayah???


FORUM 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada kebiasaannya, ibu adalah individu akan menjadi orang yang paling sibuk  apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibulah biasanya yang lebih risau dan akan menolong anak seboleh yang mungkin supaya anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Ingat lagi sewaktu kecil, ibu turut sama menemani adik lelaki saya mengulangkaji pelajaran jika adik mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Perasan tak kebanyakkan anak-anak hanya rapat dengan ayah hanya sewaktu mereka masih kecil sahaja. Makin besar dan dewasa, masih kurang kemesraan antara ayah dengan anak, kenapa ye? Mungkin bagi anak perempuan, sesetengah masalah rasanya lebih senang bercerita dengan ibu.

Namun ini tidak bererti yang ayah hanya 'lepas tangan' kepada ibu sahaja. Sebenarnya peranan ayah juga sangat penting dalam mendampingi anak belajar. Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

PERANAN RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

FORUM 1



Image result for bismillah 

Assalamualaikum WRT dan Salaam Sejahtera


RAKAN SEBAGAI TEMPAT LUAHAN PERASAAN

Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif.
Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan kerana ianya bakal memberi kesan terhadap kehidupan anak-anak mereka.