Ahad, 13 Disember 2015

PERANAN AYAH DAN IBU PENENTU MASA DEPANKU !!!


FORUM 3 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tajuk ulasan :

" KECERDASA EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN "

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang bertanggungjawab dengan ibu bapa, agama dan masyarakat sekeliling.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudari diana. “bak kata pepatah melentur bulu biar dari rebungnya” iaitu bermaksud mendidik kanak-kanak biarlah dari kecil agar mudah mereka menerima apa yang ditarbiyyahkan kepada mereka. Oleh itu, saya kembali dalam memberi perkongsian di dalam forum saudari. Berdasarkan tajuk forum pada kali ini saya memasukkan sekali pepatah melayu, hal ini adalah kerana ada benarnya apa yang diperkatakan oleh orang terdahulu. Kerana sebagai seorang ibubapa pada masa akan datang saya juga inginkan anak yang berjaya. Oleh itu, saya memulakan dengan diri saya sendiri dengan mempelajari ilmu dalam pendidikan awal kanak-kanak, ia bertujuan pada masa akan datang saya mempunyai ilmu yang dapat mendidik anak-anak saya agar dapat menjadi kanak-kanak yang mempunyai kecemerlangan dalam akademik dan norma kahidupan. Siapa yang tidak mahu mempunyai anak yang berjaya. Hal ini, mengakibatkan saya bercadang bahawa sebagai seorang ibubapa apabila mereka mendapat anak perlulah mereka ini menuntut ilmu supaya mereka dapat melahirkan generasi yang mampan. Disamping itu, institusi kekeluargaan dapat dibina dengan baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam saudari ruhaimah, terima kasih atas komen yang anda berikan.

      Padam
  2. assalammualaikum saudari. Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan penyataan tersebut . Bagi saya kita sewajarnya seimbangkan kecerdasan emosi dan sosial dengan kecerdasan intelektual . Kita tidak boleh hanya memandang pada kecerdasan emosi dan sosial semata mata . Ini kerana dalam dunia pekerjaan intelektual penting untuk membuatkan seseorang supaya boleh melakukan pekerjaan dan berfikiran abstrak . Dan saya juga tidak menolak kepentingan kecerdasan emosi dan sosial kerana didalam dunia pekerjaan yang serba mencabar , seseorang perlu mempunyai kecerdasan emosi dan sosial yang akan membolehkan mereka melakukan sesuatu keputusan kerja secara rasional . Itu merupakan pandangan yang ingin saya kongsikan . Sekian, Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam saudari najiha.. terima kasih atas komen yang anda berikan..

      Padam
  3. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai kecergasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan kerana sejak kecil kita telah memiliki emosi dan berinteraksi dengan emosi tersebut. Kebiasaan kita dalam menanganinya akan terus terbawa dan menjadi karakter seseorang ketika dewasa. Dengan demikian, alangkah berbahagianya seorang anak yang memiliki orangtua yang peka dan pelatih emosi yang baik. Anak seperti ini akan berlatih menangani dirinya sejak masa kecil. Untuk topik ini insya Allah akan saya posting dalam kesempatan yang akan datang.

    Bagaimana jika ketika dewasa kita kurang memiliki kematangan secara emosional? Jawabannya adalah kecerdasan tersebut dapat dilatih. Cara paling awal adalah dengan mengenali emosi diri Anda ketika terjadi. Kenali apa saja yang berkecamuk dalam dada Anda dan suara-suara yang memerintahkan Anda untuk bertindak. Tahapan berikutnya adalah melakukan kontrol diri terhadap berbagai bentuk emosi yang ada. Bagaimana Anda mengendalikan diri ketika marah, tidak terpuruk ketika merasa kecewa, dapat bangkit dari kesedihan, mampu memotivasi diri dan bangkit ketika tertekan, mengatur diri dari kemalasan, menetapkan target yang menantang namun wajar, serta bisa menerima keberhasilan maupun kegagalan dengan lapang dada.

    Jika hal tersebut sudah Anda kuasai, selanjutnya adalah melatih kematangan sosial. Bagaimana Anda berempati – merasakan apa yang dirasakan orang lain – sehingga bisa memberi respon yang tepat terhadap sinyal-sinyal emosi yang ditampilkan orang lain. Kematangan ini akan mudah dikembangkan jika Anda aktif terlibat dalam organisasi, bekerjasama dengan orang lain dan memiliki interaksi sosial yang intens. Latihlah kemampuan Anda dalam memimpin dan dipimpin, memotivasi orang lain, serta mengatasi dan mengelola konflik.

    Bagi saya pribadi, memahami emosi sangat membantu dalam mengenali diri dalam tahap awal. Selanjutnya adalah mengenali dan mengendalikan oknum-oknum yang saling berperang dalam diri: berbagai keinginan, kesombongan, iri hati, dengki, kebencian, amarah dan sifat-sifat lainnya. Cerdas secara emosional akan membantu Anda pada tahap awal untuk mengenali diri dengan lebih baik, sekaligus bersikap positif dan melatih kematangan menghadapi kehidupan, apapun yang terjadi: susah atau senang, sukses atau gagal, mudah atau sulit.

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam saudari, terima kasih atas pandangan Yang saudari berikan.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum saudari diana. Pada pandangan saya kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya. sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam saudari wan norfarhana, terima kasih atas komen yang diberikan.

      Padam