FORUM 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BAGAIMANA MEREKA BOLEH MENGALAMI STRESS???
1. DEFINISI STRESS
Setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari mengalamai ketegangan dan tekanan emosi yang berkaitan dengan pelbagai faktor. Dalam hal ini setiap individu menpunyai pelbagai cara untuk menangani permasaalahan yang melibatkan tekanan emosi dan perbezaan cara itu pula akan menentukan sejauh mana kemampuan mereka dalam menangani masalah tersebut dengan berkesan. Keberkesanan kaedah yang dilakukan akan membuktikan keupayaan kognitif individu terbabit.
Perkataan stress berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ketat” atau “tegang”. Menurut Selye (1979), “Stress is any kind of pressure that’s affects a person in his daily life. This effect may be healthy or unhealthy depending on his reaction to the stress factor.”
Barlow (1999) pula menyatakan bahawa stress berpunca daripada gerakbalas fisiologi tubuh badan terhadap ‘stressor’ yang melibatkan perubahan dan memerlukan adaptasi. Stres adalah kesan daripada permintaan terhadap badan, maka apabila semua permintaan ini melebihi keupayaan badan untuk memenuhi atau mengatasinya, akan berlakulah ketegangan.
Seseorang yang dilanda stress akan mengalami kecelaruan fikiran yang menyebabkan fikiran menjadi kusut dan emosinya akan .terganggu. Selye (1979) menjelaskan bahawa persoalan ini sering berlaku ke atas remaja kerana mereka merupakan golongan yang masih mencari identiti diri dan sering terjebak ke dalam gejala-gejala yang boleh mengganggu fikiran dan emosi. Panduan yang terancang perlulah diketengahkan agar mereka dapat memandu dan mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara di luar kawalan diri.
Dalam menjelaskan lagi pemahaman terhadap stress, Kalat (1999) menyatakan bahawa stress adalah komponan kesihatan emosi. Keadaan emosi yang terganggu boleh mempengaruhi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, hilang konsentrasi dan kegelisahan. Remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin di masa depan. Jika masyarakat hari ini memandang sepi akan gejala ini, tidak mustahil suatu hari nanti remaja akan menimbulkan banyak masalah samada terhadap intitusi keluarga masyarakat maupun negara.
Stastistik WHO menunjukkan bahawa masalah stress dan tingkahlaku telah mencapai 11% daripada jumlah beban penyakit di dunia, dan diramalkan peratusan ini akan meningkat kepada 15% menjelang tahun 2020. Kajian WHO pada tahun 2000 mendapati stress menduduki tempat kelapan di antara 10 penyakit-penyakit utama yang ditanggung oleh manusia. Menjelang tahun 2020 WHO menganggarkan stress akan meningkat ke paras 2 tertinggi, selepas penyakit jantung.
Pada tahun 1996, didapati 10.7% penduduk dewasa dan 13% kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah stress atau gangguan emosi dan tingkahlaku. Kajian terbaru pada tahun 2007 pula menunjukkan bahawa stres merupakan penyebab morbiditi yang ke-4 tinggi di negara ini. Faktor-faktor sosio-ekonomi, persekitaran, psikologi dan biologi seperti penyakit kronik, stres, tidak cukup rehat dan pemakanan yang tidak seimbang, boleh menyebabkan masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan mental seperti stres, kemurungan dan keresahan mempengaruhi kesejahteraan hidup seseorang. Antara lain, masalah-masalah ini, jika tidak ditangani dengan baik, boleh membawa kepada cubaan membunuh diri. Di seluruh dunia, dianggarkan lebih kurang 1 kejadian bunuh diri berlaku setiap 35 saat. Kejadian bunuh diri juga dilaporkan sebagai penyebab ke-3 kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 34 tahun.
• Stress yang terlalu sedikit - Tiada cabaran menyebabkan kebosanan, rendah
prestasi, tiada halatuju.
• Stress yang optimum - segala cabaran dapat ditangani dengan baik dan
menghasilkan prestasi yang memuaskan.
• Stress yang melampau - Cabaran dapat ditangani tetapi dengan hasil kerja
Yang menurun kerana keletihan.
• Kelesuan - Petanda awal yang seseorang itu mengalami burnout
kerana minda dan tubuh keletihan dan semangat bekerja
menjadi luntur.
prestasi, tiada halatuju.
• Stress yang optimum - segala cabaran dapat ditangani dengan baik dan
menghasilkan prestasi yang memuaskan.
• Stress yang melampau - Cabaran dapat ditangani tetapi dengan hasil kerja
Yang menurun kerana keletihan.
• Kelesuan - Petanda awal yang seseorang itu mengalami burnout
kerana minda dan tubuh keletihan dan semangat bekerja
menjadi luntur.
Tanda-Tanda Amaran Sesuatu Tekanan Gejala Fizikal Gejala Mental
• Degupan jantung yang cepat
• Banyak berpeluh
• Terasa loya
• Bernafas kencang
• Cirit-birit dan terasa
hendak membuang air kecil
• Kaki dan tangan terasa sejuk
• Selera makan berubah
• Gangguan keseksualan
• Sakit-sakit badan yang tidak jelas
puncanya
• Penyakit seperti lelah, sakit kepala
dan timbul ruam kulit.
• Merasa hilang kawalan atau
ditenggelami oleh peristiwa yang
berlaku
• Risau dan bimbang
• Gagal menumpukan perhatian atau
membuat keputusan
• Merasa tidak sihat
• Sukar untuk tidur
• Keinginan seks menurun
• Terasa amat letih
• Meminum lebih banyak alkohol dan
semakin kuat merokok
• Perubahan perasaan atau fikiran
seperti kemurungan, kekecewaan,
sikap bermusuhan, rasa tidak
berdaya dan kegelisahan

Assalamualaikum saudari diana. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.
BalasPadamwa'alaikumussalam saudari ruhaimah, terima kasih atas pandangan yang anda berikan.
PadamAssalamualaikum kepada saudari Diana. Saya juga ingin menyatakan pendapat saya tentang tajuk saudari.
BalasPadamKanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.
Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Jadi, perkara ini secara automatik menyebabkan murid itu stress. Justeru itu saya ingin mengajak masyarakat untuk sama-sama bekerjasama memelihara kesihatan mereka. terima kasih.
Wa'alaikumussalam saudari nadya, terima kasih atas pendapat yang diberikan.
PadamAssalamualaikum saudari diana. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.
BalasPadamwa'alaikumussalam wan norfarhana, terima kasih kerana memberi pandangan anda.
PadamAssalamualaikum saudari,izinkan saya berkongsi pendapat saya tentang kanak-kanak yang mengalami stress.Jika dilihat secara kasar,kanak-kanak di Malaysia lebih cenderung mengalami stress daripada kanak-kanak di luar negara.Hal ini demikian kerana , sesetengah ibu bapa memperlihatkan konflik yang mereka alami di depan anak-anak.Adakalanya , ibu bapa yang bergaduh di depan anak-anak tidak mempedulikan perasaan anak-anak.Anak-anak yang menyaksikan kejadian itu akan berasa sedih dan mula menunjukkan gejala tekanan perasaan.Hal ini sangat membimbangkan.Oleh itu , untuk mengelakkan perkara ini berlaku , diharapkan para ibu bapa di luar menitikberatkkan perasaan anak-anak.Selalunya konflik berlaku akan menyebabkan penceraian . Para ibu bapa dinasihatkan agar elakkan daripada mengambil keputusan yang terburu-buru.Elakkan penceraian yang boleh membawa kemusnahan.Di sekolah pula , para guru juga memainkan peranan penting untuk menghindari gejala stress dalam kalangan kanak-kanak.Dalam kelas , guru dinasihatkan agar tidak memilih kasih.Guru mesti memantau kanak-kanak walaupun mereka berbeza dari segi tahap pemikiran.Ada sesetengah guru tidak menitiberatkan pelajar yang senyap.Mereka hanya melebihkan pelajar yang aktif sahaja. Sekian
BalasPadamWa'alaikumussalam saudari, terima kasih atas pendapat yang diberikan.
BalasPadam