FORUM 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada kebiasaannya, ibu adalah individu akan menjadi orang yang paling sibuk apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibulah biasanya yang lebih risau dan akan menolong anak seboleh yang mungkin supaya anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Ingat lagi sewaktu kecil, ibu turut sama menemani adik lelaki saya mengulangkaji pelajaran jika adik mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Perasan tak kebanyakkan anak-anak hanya rapat dengan ayah hanya sewaktu mereka masih kecil sahaja. Makin besar dan dewasa, masih kurang kemesraan antara ayah dengan anak, kenapa ye? Mungkin bagi anak perempuan, sesetengah masalah rasanya lebih senang bercerita dengan ibu.
Namun ini tidak bererti yang ayah hanya 'lepas tangan' kepada ibu sahaja. Sebenarnya peranan ayah juga sangat penting dalam mendampingi anak belajar. Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.
Assalamualaikum saudari diana. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana tidak serik-serik dalam berkongsi pandangan melalui forum yang diberikan. Oleh itu, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang kedua ini. Hal ini bukan disebabkan apa, tetapi memang wajar soalan yang dikemukan kerana ia menjadi isu kekeluargaan di kala masa ini. Isu ini amat popular apabila kita selidik dengan lebih dekat kerana memang benar bahawa kanak-kanak tidak lagi rapat dengan ayah mereka. Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah kanak-kanak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka, pada masa yang sama apabila ditanya mengapa mereka kurang rapat dengan ayah mereka sendiri, mereka banyak memberikan respon bahawa ayah mereka garang dan ada juga yang memberi respon bahawa ayah mereka tidak memberikan masa kepada keluarga akibat daripada sibuk dengan kerjaya. Ini yang terjadi apabila ayah lebih mementingkan kerjaya dalam kehidupan. Memeng tidak salah mencari nafkah namun kita perlulah ketahui bahawa keluarga haruslah diutamakan apatah lagi anak-anak kerana diusia mereka masih kecil mereka sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada ibubapa mereka.
BalasPadamwa'alaikumussalam saudari ruhaimah, sama-sama dan saya ucapkan terima kasih juga atas komen yang saudari berikan, semoga apa yang saudari kemukan dapat menjadi bahan bacaan yang terbaik buat mereka yang membacanya.
PadamAssalamualaikum , saudari
BalasPadammasalah yang mugkin dihadapi oleh kanak-kanak Yang tidak mempunyai hubungan kerapatan dengan ayah .
kanak-kanak akan kurang disiplin diri, hal ini kanak-kanak berasa bebas dalam melakukan apa sahaja tanpa pengawasan daripada ketua keluarga.Disiplin diri amat penting bagi seorang kanak-kanak , apabila Seorang kanak-kanak kurang nya disiplin diri maka kanak-kanak akan mudah terjebak dalam pelbagai gajala nagetif seperti terpengaruh rakan sebaya ,ponteng sekolah ,gajala sosial ,pelajaran kanak-kanak itu jugak tergangu dan menjejaskan prestasi nya.
Oleh kerana itu , sebagai ketua keluarga haruslah menjalankan tanggunjawab sebagai seorang bapa , Sesetengah anak, mudah belajar sesuatu pekara daripada bapanya di situ menunjukkan hubugan yang rapat antara anak dan Bapa itu penting .
Kesimpulanya,Seorang bapa dimana harus jadi seperti seorang ibu ,yang penuh dengan sikap perihatinya , Agar sikap seperti itu akan terus dijadikan teladan juga contoh yang baik kepada anak-anak . Kerana ibu bapa jua yang membentuk diri mereka juga mencorakan kehidupan harian mereka , anak-anak umpama kain putih yang kosong dan tidak bercorak.
wa'alaikumussalam saudari wan norfarhana, terima kasih atas pendapat yang diberikan.
PadamAssalamualaikum saudari Erina. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini jadisaya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih kerana menerima pandangan saya.
BalasPadamterima kasih saudari nadya, atas komen yang diberikan.
PadamPada pendapat saya, komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah sangat penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak supaya tidak ada jurang antara mereka. Mereka boleh melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan.Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Anak-anak akan merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Perkara ini akan menyebabkan terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebak dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Kadangkala, seorang bapa yang pulang penat dari bekerja seharian biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Perkara ini akan membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka. Sekian, terima kasih.
BalasPadamterima kasih saudari ain atas pendapat yang diberikan.
Padam